Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama: 1 kumpulan 3 orang : (lantik ketua, pencatat, pembentang) Selepas mengikuti Kursus Kaedah Mengajar
- Refleksi ke atas masalah / penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk
- Cadangkan satu strategi / kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.
Nurul Huda Hashim (Ketua)
Ainul Yaqin Abdullah (Pembentang)
Siti Nursyahida Saad (Pencatat)
Tajuk - Ibadat ( Bersuci Daripada Najis )
Masalah :
- Guru terlalu bergantung kepada persembahan multimedia (Power Point) sehingga kurang kepada Bahan Bantu Mengajar (BBM) konvensional.
- Demonstrasi yang dijalankan kurang berkesan kerana tidak melibatkan semua pelajar. Kebanyakan demo yang dilakukan tidak sebenar-benarnya. Adakalanya guru hanya menjelaskan cara bersuci melalui teori semata-mata (teknik kuliah) mengakibatkan pelajar kurang bermotivasi untuk mengetahui dengan lebih terperinci.
- Ada juga sebilangan guru yang kurang menguasai dan kurang pengetahuan tentang sesuatu tajuk.
- Rujukan hanya bergantung kepada Buku Teks Pendidikan Islam semata-mata.
- Sesetengah guru kurang mengadakan aktiviti yang boleh membangkitkan semangat pelajar untuk belajar, menjadikan pelajar cepat berasa jemu dan bosan.
Strategi:
- Wujudkan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) berbentuk konvensional seiring dengan Teknologi Maklumat supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
- Guru seharusnya membuat demonstrasi dengan melibatkan semua pelajar supaya mereka dapat memahami dengan lebih baik. Demonstrasi boleh dijalankan secara membahagikan mereka dalam bentuk berkumpulan.
- Guru mestilah menguasai sesuatu topik supaya lebih mudah untuk memberi kefahaman kepada pelajar. Guru juga seharusnya mengkaji dan studi terlebih dahulu sebelum memberi penerangan kepada pelajar.
- Rujukan yang digunakan hendaklah dipelbagaikan dengan merujuk buku-buku mahupun kitab lain supaya sebarang persoalan yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah.
- Guru semestinya kreatif dalam mewujudkan aktiviti supaya dapat menarik perhatian pelajar di samping dapat membuat penilaian sejauh manakah pemahaman pelajar terhadap sesuatu tajuk pelajaran.
0 comments:
Post a Comment