CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, May 24, 2009

TUGASAN 1 : ULASAN BUKU KAJIAN TINDAKAN ( DR. SITI FATIMAH )

Perkembangan Terkini Dalam Kajian Tindakan

Perkembangan Terkini Dalam Kajian TindakanJean Mcniff. 1988. Action Research Principles and Practice. New York. Routledge


1) KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan . Ia juga merupakan suatu usaha di bilik darjah yang bersifat percubaan dan berterusan. Setiap pihak termasuk pihak pengurusan sekolah, guru atau pelajar membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan perubahan cara berfikir dan juga kesedaran yang baru. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan juga meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan.

Di dalam buku Jean McNiff ini menerangkan metodologi dan perbahasan dalam dahan informasi dalam menyokong kajian tindakan. Buku ini menimbulkan masalah tentang bagaimana penelitian kajian tindakan dilihat sebagai disiplin atau amalan kehidupan sebenar dan bagaimana kedudukan ahli sendiri dalam perbahasan.

2) MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN

Guru-guru perlu membuat kajian tindakan adalah untuk membaiki cara pengajaran mereka. Guru juga akan mendapat lebih kaedah yang berkesan dan tepat, dengan menilai secara kristis terhadap amalan P & P mereka sendiri. Oleh itu, melalui kajian tindakan guru akan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan persekitaran bilik darjah. Guru juga perlu membuat kajian tindakan untuk meningkatkan profesionalisme guru ini kerana melalui kajian tindakan dapat memperbaiki diri mereka untuk menjadi lebih profesional. Ini merupakan cara terbaik dalam proses kajian tindakan cara pengajaran guru. Dengan ini kita dapat melihat 3 cara iaitu melalui, politik, profesional dan peribadi.

Banyak guru yang memikirkan bahawa penyelidikan atau kajian tindakan yang dibuat tentang pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ataupun sekolah perlu menggunakan soal selidik dan datanya diproses menggunakan pakej pemprosesan data yang tertentu seperti (spss) atau (sas). Sebenarnya, guru yang hendak menjalankan Kajian Tindakan di kelas atau di sekolah masing-masing tidak perlu mahir dengan statistik yang canggih terutamanya statistik inferential (seperti Ujian t atau Anova), cukup dengan statistik yang mudah seperti peratusan, kekerapan atau min. Untuk menjalankan Kajian Tindakan, pengkaji hanya membuat analisis yang bersifat kualitatif dengan teknik dan kaedah berbentuk diskripsi dan naratif. Kaedah pengutipan data dibuat secara temu bual ataupun pemerhatian. Perlu diingat bahawa tujuan guru menjalankan Kajian Tindakan bukannya untuk membuat generalisasi daripada dapatan kajian tetapi melalui Kajian Tindakan guru mendapat sumber maklumat untuk memahami amalan pengajaran guru dan amalan pemelajaran murid supaya guru dapat memperbaik amalan guru dalam pengajaran dan pemelajaran.

3) REKA BENTUK KAJIAN

i) Merancang / planning

ii) Praktikal / practicalities

iii) Implikasi / implication

1) Merancang / planning

Barrett and Whitehead, 1985 , menyatakan terdapat 6 soalan kritikal yang dapat membantu guru-guru untuk ditentukan maksud kajian:

· What is your concern?

· Why are you concerned?

· What do you think you could do about it?

· What kind of “evidence” could you collect to help you make some judgement about what is happening?

· How would you collect such ‘evidence’?

· How would you check that your judgement about what has happened is reasonably fair and accurate?

Contoh yang dapat ditunjukkan dalam membuat rancangan-rancangan latihan :

i) Pernyataan permasalahan

ii) Membayangkan jawapan / penyelesaian

iii) Melaksanakan jawapan / penyelesaian

iv) Penilaian terhadap jawapan / penyelesaian dan cadangan untuk pengubahsuaian kepada talihan yang berkesan dalam penilaian.

2) Praktikal / practicalities

Di dalam bahagian ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan point umum prosuder untuk permulaaan sesuatu kajian tindakan. Di antaranya ialah:

i) Start small

ii) Plan carefully

iii) Set a realistic time-scale

iv) Involve others

v) Keep others informed

vi) Arrange for feedback

vii) Organise a writing schedule

3) Implikasi / implication

Membuat persediaan untuk sebahagian atau semua dalam bahagian yang berikutnya :

i) Thinking will change

ii) Mistakes will happen

iii) Politics will intrude

4) PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

Menurut tindakan refleksi dapat mengidentifikasikan masalah kepada ; memikirkan cara penyelesaian, melihat kesan / akibat, membuat penilaian hasil, mengubahsuai kajian tindakan dan idea dalam penilaian; membuat perancangan semula terhadap langkah kajian tindakan yang seterusnya.

1) Which problem? ( memilih fokus masalah )

· What is happpening now?

· In what sense is this problematic?

· What can I do about it?

2) Collecting the data ( pengambilan data )

· Paper and pen methods (personal fields notes, pupil’s dairies, questionnaires )

· ‘Live’ methods ( sociometric methods, interviews and discussions )

· Ostensive methods ( slide/tape presentations, audiotaped interviews, videotaping the action, attitudes towards data collection )

3) Which data (memilih data )

4) Monitoring the data ( mengawasi data )

· Self-monitoring = diri sendiri mengawasi

· Colleague(s) monitoring = rakan sekerja mengawasi

· Students monitoring = pelajar mengawasi

· Joint monitoring = bersama mengawasi

5) Analysing the data ( analisis data )

6) Synthesising the data ( sintesis data )

5) PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

TAXONOMY OF CLASSROOM RESEARCH TECHNIQUES

i. Field notes ( catatan lapangan ) = merupakan suatu catatan selepas setiap pelajaran, yang merangkumi refleksi kendiri , pemerhatian dan reaksi terhadap masalah di dalam bilik darjah.

ii. Audio Tape Recording ( Rakaman audio ) = Transkrip daripada rakaman audio berkesan jika guru inginkan rekod yang spesifik dan tepat. Namun, mentranskrip rakaman mengambil masa yang lama.

iii. Pupil dairies ( dairi / buku log murid ) = boleh memberikan pandangan berbeza daripada perspektif murid, tetapi murid perlu berasa yakin dan selamat untuk menulis secara bebas tentang guru dan sekolah.

iv. Interviews and discussions (temubual dan perbincangan) = dilakukan di antara guru dan murid, pemerhati dan murid, murid dan murid serta guru dan pemerhati.

v. Video tape recorder (rakaman video dan kemera digital) = dapat memberikan gambaran yang tepat dan maklumbalas untuk menambahbaik kaedah pengajaran dan sebagainya.

vi. Questionnaires (soal selidik) = merupakan kaedah yang mudah dancepat untuk mendapatkan maklumat daripada murid, tetapi pembentukan soalan perlu sesuai dengan tahap murid.

vii. Sociometry (sosiometri) = merupakan teknik menilai struktur emosi dan sikap murid dalam kumpulan bilik darjah.

viii. Documentary evidence (bukti dokumentari) = merupakan memo, surat, kertas peperiksaan, keratan akhbar dan sebagainya boleh memberikan maklumat latar belakang isu yang dikaji.

ix. Slide / Tape photography

x. Case study

6) KOBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN ( VELIABILITY DAN VALIDITY )

1. Self validation ( kesahan diri sendiri )

· Practice as a reasisation of values

· Intentional critical reflection

· The need for disliplined enquiry

· Personal interpretations as a basis for dialogue

2. Peer validation ( pengesahan rakan sebaya )

3. Learner validation ( pengesahan pelajar )

7) ETIKA KAJIAN TINDAKAN ( RESEARCH ETHICS )

Terdapat enam etika dalam menjalankan kajian :

· Kajian yang direka dan dijalankan bertujuan untuk mengekalkan integriti dan kualiti

· Subjek dan staf yang terlibat perlu dimaklumkan sepenuhnya berkenaan tujuan, kaedah kegunaan, penglibatan, risiko dan sebagainya.

· Perlu menghormati kesahihan maklumat dan edentiti subjek

· Penyertaan subjek adalah atas kesediaan sendiri dan tidak dipaksa

· Mengelakan sebarang kemudaratan kepada subjek

· Kebebasan kajian perlu jelas dan sebarang konflik kepentingan mesti diterangkan dengan jelas.

8) PENILAIAN KESELURUHAN TERHADAP BUKU INI

Daripada pengamatan pembacaan saya, buku ini merupakan sebuah buku yang sesuai untuk dijadikan rujukan dan harus dimiliki oleh guru-guru yang ingin menjalankan kajian tindakan. Di dalam buku ini telah meberikan garis panduan dan penerangan yang jelas dan terperinci, serta contoh-contoh kajian yang telah dijalankan. Ia juga terdapat bab yang menyentuh pembangunan prosesionalisme guru serta panduan P & P. Namun buku ini melalui cetakan yang kedua terdapat lebih pendetilan mengenai kajian tindakan.

0 comments: