CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, April 26, 2009

2. Jenis-jenis Kajian Tindakan

Kemmis & Wilkinson (1998) menggariskan 6 ciri utama:

  1. Kajian tindakan penyertaan merupakan satu proses sosial di mana penyelidik meneroka perhubungan di antara individu dengan orang lain.
  2. Bentuk inkuiri bercorak penyertaan. Ini bermakna individu menjalankan kajian berhubung dengan diri mereka sendiri.
  3. Kaedah kajian tindakan ini adalah bersifat praktikal dan kolaboratif. Kajian ini praktikal sebab penyelidik meneroka aspek-aspek seperti komunikasi, penghasilan pengetahuan, dan struktur sosial organisasi itu dengan tujuan mengurangkan perkara yang tidak rasional, tidak produktif, tidak adil, atau tidak mempunyai interaksi yang memuaskan.
  4. Kajian tindakan penyertaan bercorak emansipasi (emancipatory). Ia cuba membebaskan orang daripada konstrain yang tidak rasional dan struktur yang tidak adil yang boleh menghindar pembangunan diri serta keyakinan diri.
  5. Tujuan kajian tindakan penyertaan adalah untuk membantu individu bebas daripada beban konstrain seperti yang terdapat pada media, bahasa, prosedur kerja, dan perhubungan tentang kuasa dalam persekitaran pendidikan.
  6. Kajian tindakan ini adalah recursive (reflektif atau dialektikal) dan memberi fokus tentang perubahan (change) dalam sesuatu amalan.

1. KONSEP KAJIAN TINDAKAN

  • Penyelidikan / tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, iaitu dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri.
  • Di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi dimana amalan itu dilakukan.
  • Kemmis dan Mctaggart (1988), menurut mereka penyelidkan / tindakan bergerakan di dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empa peringkat :
  1. Tinjauan
  2. Perancangan
  3. Pelaksanaan
  4. Refleksi
  • McNiff (1988), mentakrifkan penyelidikan / tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya.
  • Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.
  • Somekh (1989), menyatakan penyelidikan / tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
  • Zuber-Skeritt (1992), mendefinisikan penyelidikan / tindakan dengan menggunakan CRASP ;
  • Critical collaboration enquiry by
  • Reflective practitioners who are
  • Accountable in making the results of their enquiry public
  • Self evaluative in the practive and engaged in
  • Participative problem solving and continuing professional development