CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, May 9, 2009

Aktiviti Berkumpulan 1


Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama: 1 kumpulan 3 orang : (lantik ketua, pencatat, pembentang) Selepas mengikuti Kursus Kaedah Mengajar
  1. Refleksi ke atas masalah / penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk
  2. Cadangkan satu strategi / kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.

Nurul Huda Hashim (Ketua)
Ainul Yaqin Abdullah (Pembentang)
Siti Nursyahida Saad (Pencatat)


Tajuk - Ibadat ( Bersuci Daripada Najis )


Masalah :

  1. Guru terlalu bergantung kepada persembahan multimedia (Power Point) sehingga kurang kepada Bahan Bantu Mengajar (BBM) konvensional.
  2. Demonstrasi yang dijalankan kurang berkesan kerana tidak melibatkan semua pelajar. Kebanyakan demo yang dilakukan tidak sebenar-benarnya. Adakalanya guru hanya menjelaskan cara bersuci melalui teori semata-mata (teknik kuliah) mengakibatkan pelajar kurang bermotivasi untuk mengetahui dengan lebih terperinci.
  3. Ada juga sebilangan guru yang kurang menguasai dan kurang pengetahuan tentang sesuatu tajuk.
  4. Rujukan hanya bergantung kepada Buku Teks Pendidikan Islam semata-mata.
  5. Sesetengah guru kurang mengadakan aktiviti yang boleh membangkitkan semangat pelajar untuk belajar, menjadikan pelajar cepat berasa jemu dan bosan.

Strategi:

  1. Wujudkan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) berbentuk konvensional seiring dengan Teknologi Maklumat supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
  2. Guru seharusnya membuat demonstrasi dengan melibatkan semua pelajar supaya mereka dapat memahami dengan lebih baik. Demonstrasi boleh dijalankan secara membahagikan mereka dalam bentuk berkumpulan.
  3. Guru mestilah menguasai sesuatu topik supaya lebih mudah untuk memberi kefahaman kepada pelajar. Guru juga seharusnya mengkaji dan studi terlebih dahulu sebelum memberi penerangan kepada pelajar.
  4. Rujukan yang digunakan hendaklah dipelbagaikan dengan merujuk buku-buku mahupun kitab lain supaya sebarang persoalan yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah.
  5. Guru semestinya kreatif dalam mewujudkan aktiviti supaya dapat menarik perhatian pelajar di samping dapat membuat penilaian sejauh manakah pemahaman pelajar terhadap sesuatu tajuk pelajaran.

0 comments: