CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, May 12, 2009

Kuliah Minggu ke 4 ( Dr. Siti Fatimah)

Kajian eksprimental

Kajian ini di lakukan oleh orang lain dan bukan di lakukan oleh pengkaji sendiri.

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meneliti, menyelidik dan mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu amalan bagi tujuan pendidikan. Justeru itu akan berlaku penambahbaikan mengenai bagaimana sesuatu kemahiran , teknik, strategi yang dapat dipertingkatkan dan memberi impak kepada pelajar.

JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN

  1. Individu
  2. Kolaboratif
  3. Peringkat Daerah
  4. Peringkat Sekolah
MEMBANDINGKAN DAN MEMBEZAKAN

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran ini akan digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan.

MENGANALISIS

Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada beberapa bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari mencari makna yang tersirat. Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagiannya, mamahami hubungan kaitan antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Justeru, mengalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

MENILAI

Ialah membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Kemahiran ini juga digunakan untuk membuat keputusan.

MEMBUAT KESIMPULAN

Membuat kesimpulan berdasarkan pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan.

MENSINTESIS

Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh.

Kuliah Minggu ke 3 ( Dr. Izham Hamzah )

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

- Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa hadapan.

Jenis Perubahan :

  1. Perubahan ke arah Peningkatan.
  2. Perubahan Strategik Organisasi.
  3. Perubahan Reaktif.
  4. Perubahan akibat daripada jangkaan.
Sebab Perubahan dilakukan:
  • Persiapan menghadapi pesaing baru.
  • Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan.
  • Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.
  • Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan.
Perubahan dikaitkan dengan proses:
  1. Evolusi
  2. Revolusi
Terdapat 6 dimensi yang perlu Perubahan:
  1. Tujuan Perubahan
  2. Unit Perubahan
  3. Sifat Perubahan
  4. Magnitud Perunahan
  5. Skop Perubahan
  6. Jangkamasa Perubahan
Model-model Perubahan:
  • Model Penggabungan Roger
  • Model Kanter
  • Model Rand
  • Model Acot

Aktiviti Berkumpulan Dr Izham Hamzah

Natakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan.
Bincangkan cara penyelesaiannya.

  1. Kerana ingin untuk mengekalkan tradisi dan adat yang selama ini telah dipegang sekian lama
  2. Kerana telah berpuas hati dengan apa yang telah diperolehi dan sedia ada.
  3. Tidak yakin dengan perubahan tersebut sama ada berubah ke arah positif atau sebaliknya.
  4. Tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup untuk melakukan perubahan.
  5. Tidak mempunyai semangat daya saing yang tinngi.
  6. Sangat mengambil kira dari segi tenaga, masa dan kos.
  7. Takut akan dikritik oleh pihak lain.
  8. Tidak dapat untuk menerima perubahan secara mendadak.
Cara Penyelesaian ialah :
  1. Jika tidak bercanggah dengan syariat haruslah untuk berubah kepada cara yang lebih baik.
  2. Membuat kajian terhadap sejauh mana tahap sedia ada boleh berpuas hati.
  3. Setiap perubahan pasti mempunyai risiko tersendiri dan memerlukan keberanian untuk berubah.
  4. Memerlukan ilmu yang secukupnya untuk mengkaji sebarang perubahan sebelum bertindak.
  5. Setiap kejayaan memerlukan semangat daya saing untuk berubah.
  6. Setiap perubahan pula memerlukan pengorbanan yang memerluan tenaga, masa dan kos.
  7. Harus menerima setiap kritikan dengan positif untuk kebaikan masa hadapan.
  8. Perubahan tidak boleh secara mendadak namun haruslah secara perlahan-lahan untuk lebih keberkesanan.

Saturday, May 9, 2009

Aktiviti Berkumpulan 1


Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama: 1 kumpulan 3 orang : (lantik ketua, pencatat, pembentang) Selepas mengikuti Kursus Kaedah Mengajar
  1. Refleksi ke atas masalah / penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk
  2. Cadangkan satu strategi / kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.

Nurul Huda Hashim (Ketua)
Ainul Yaqin Abdullah (Pembentang)
Siti Nursyahida Saad (Pencatat)


Tajuk - Ibadat ( Bersuci Daripada Najis )


Masalah :

  1. Guru terlalu bergantung kepada persembahan multimedia (Power Point) sehingga kurang kepada Bahan Bantu Mengajar (BBM) konvensional.
  2. Demonstrasi yang dijalankan kurang berkesan kerana tidak melibatkan semua pelajar. Kebanyakan demo yang dilakukan tidak sebenar-benarnya. Adakalanya guru hanya menjelaskan cara bersuci melalui teori semata-mata (teknik kuliah) mengakibatkan pelajar kurang bermotivasi untuk mengetahui dengan lebih terperinci.
  3. Ada juga sebilangan guru yang kurang menguasai dan kurang pengetahuan tentang sesuatu tajuk.
  4. Rujukan hanya bergantung kepada Buku Teks Pendidikan Islam semata-mata.
  5. Sesetengah guru kurang mengadakan aktiviti yang boleh membangkitkan semangat pelajar untuk belajar, menjadikan pelajar cepat berasa jemu dan bosan.

Strategi:

  1. Wujudkan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) berbentuk konvensional seiring dengan Teknologi Maklumat supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
  2. Guru seharusnya membuat demonstrasi dengan melibatkan semua pelajar supaya mereka dapat memahami dengan lebih baik. Demonstrasi boleh dijalankan secara membahagikan mereka dalam bentuk berkumpulan.
  3. Guru mestilah menguasai sesuatu topik supaya lebih mudah untuk memberi kefahaman kepada pelajar. Guru juga seharusnya mengkaji dan studi terlebih dahulu sebelum memberi penerangan kepada pelajar.
  4. Rujukan yang digunakan hendaklah dipelbagaikan dengan merujuk buku-buku mahupun kitab lain supaya sebarang persoalan yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah.
  5. Guru semestinya kreatif dalam mewujudkan aktiviti supaya dapat menarik perhatian pelajar di samping dapat membuat penilaian sejauh manakah pemahaman pelajar terhadap sesuatu tajuk pelajaran.

Aktiviti Individu 1 : Refleksi Selepas Mengikuti Program BIG II

Masalah dan Penambahbaikan :
Saya sering berasa kurang berdisiplin dalam pengurusan masa secara keseluruhannya semasa mengikuti program bina insan guru II. Ini kerana, saya kurang memberikan penekanan terhadap pengurusan masa.

Matlamat :
Menjadi individu yang lebih berdisiplin dan menepati masa.

Objektif :
1) Meningkatkan tahap pengurusan masa agar lebih baik.
2) Lebih berdisiplin dan menepati waktu di dalam setiap aktiviti yang dilakukan.

Pelan Tindakan :
1) Langkah Penambahbaikan :
Saya akan meningkatkan tahap pengurusan masa dengan lebih baik.
Langkah pertama, saya akan membuat jadual sebagai pengurusan masa saya akan lebih
teratur.
2) Pengumpulan data :
- Membuat refleksi adakah saya menepati masa di dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
- Bertanya pendapat rakan terhadap tahap pengurusan dan ketepatan masa saya di dalam
setiap aktiviti.
3) Pemantauan dan Penilaian :
- Merekod berapa kali saya datang awal dan menepati masa di dalam aktiviti yang dijalankan.
- Menilai tahap pengurusan masa saya sebelum dan selepas saya mendisiplinkan diri di dalam
pengurusan masa.
- Menilai reaksi rakan-rakan, pensyarah dan orang ramai, selepas saya meningkatkan tahap
pengurusan masa dan mendisiplinkan pengurusan masa saya.

Friday, May 1, 2009

3. Contoh Kajian Tindakan

Seorang guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam tingkatan 2 mendapati pelajar menghadapi masalah dalam tilawah al-Qur'an, di dalam pembelajaran bilik darjah guru mendapati sebahagian daripada pelajarnya lemah di dalam membaca al-Qur'an dengan lancar dan juga menghafaz surah hafazan di dalam al-Qur'an. Oleh itu, setelah guru mengetahui kelemahan pelajarnya, guru cuba mempelbagaikan kaedah pengajarannya supaya objektif yang dikehendaki tercapai iaitu pelajar akan dapat menguasai membaca al-Qur'an dengan dan juga dapat menghafaz al-Qur'an dengan lancar. Guru akan melaksanakan strategi yang telah dirancang itu untuk meningkatkan kefahaman pelajar-pelajarnya berkaitan dengan cara membaca al-Qur'an dengan lancar dan juga menghafaz al-qur'an. Selepas itu, guru akan membuat pemantauan dan pemerhatian terhadap strategi yang telah dijalankan itu sama ada berkesan atau tidak. Jika didapati strategi yang telah dijalankan itu kurang berkesan terhadap pelajarnya, guru akan menggunakan perancangan yang lain pula. Oleh itu, proses ini akan berulang dan berterusan sehinggalah matlamat yang dikehendaki itu akan tercapai.

Sunday, April 26, 2009

2. Jenis-jenis Kajian Tindakan

Kemmis & Wilkinson (1998) menggariskan 6 ciri utama:

  1. Kajian tindakan penyertaan merupakan satu proses sosial di mana penyelidik meneroka perhubungan di antara individu dengan orang lain.
  2. Bentuk inkuiri bercorak penyertaan. Ini bermakna individu menjalankan kajian berhubung dengan diri mereka sendiri.
  3. Kaedah kajian tindakan ini adalah bersifat praktikal dan kolaboratif. Kajian ini praktikal sebab penyelidik meneroka aspek-aspek seperti komunikasi, penghasilan pengetahuan, dan struktur sosial organisasi itu dengan tujuan mengurangkan perkara yang tidak rasional, tidak produktif, tidak adil, atau tidak mempunyai interaksi yang memuaskan.
  4. Kajian tindakan penyertaan bercorak emansipasi (emancipatory). Ia cuba membebaskan orang daripada konstrain yang tidak rasional dan struktur yang tidak adil yang boleh menghindar pembangunan diri serta keyakinan diri.
  5. Tujuan kajian tindakan penyertaan adalah untuk membantu individu bebas daripada beban konstrain seperti yang terdapat pada media, bahasa, prosedur kerja, dan perhubungan tentang kuasa dalam persekitaran pendidikan.
  6. Kajian tindakan ini adalah recursive (reflektif atau dialektikal) dan memberi fokus tentang perubahan (change) dalam sesuatu amalan.