CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, June 4, 2009

KULIAH GANTI (PN. SAKINAH)

PENGUMPULAN DATA

Plan-Act-Observe-Reflect-Plan

PENGENALAN

  • Terdapat pelbagai teknik pengumpulan data
  • Walaupun menggunakan pelbagai teknik yang baik, tidak akan menjanjikan kualiti dapatan kajian
  • Penyelidikan tidakan tidak akan menjadi kecuali ianya dilakukan dengan sempurna
  • Sehubungan dengan itu, usaha untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan perlu dipelajari dengan gigih.
TIGA SEBAB PERLU CAPAI KUALITI
  • Tanggungjawab kepada pelajar
  • Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
  • Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat ( menambah ilmu pengetahuan ) dengan melakukan penyelidikan tindakan.
KRITERIA KUALITI
  • Serupa dengan kriteria jenis penyelidikan lain
  • 2 rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria kualiti ialah kesahan dan kebolehpercayaan
  • Kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan
KESAHAN
  • Merujuk kepada kebenaran data
  • Dengan mengetahui samada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji
KEBOLEHPERCAYAAN
  • Berkait dengan ketepatan data
  • Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil
  • Sehubungan dengan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu tanya
  • Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?
  • Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketapatan data?
5 TAHAP PENYELIDIKAN TINDAKAN
  1. Tahap 1 = mengenalpasti masalah
  2. Tahap 2 = perancangan tindakan
  3. Tahap 3 = mengumpul data
  4. Tahap 4 = analisis data
  5. Tahap 5 = perancangan untuk tindakan seterusnya

KULIAH MINGGU KE 7 ( HAJJAH HALIMAH HARUN)

  • Kuliah Hajjah Halimah pada hari dijalankan dengan sesi perbentangan proposal oleh setiap kumpulan.
  • Proposal yang dibentang telah dipilih secara rawak mengikut tajuk oleh Hajjah Halimah.
  • Semua pelajar harus terlibat untuk bersoal jawab iaitu menyoal kumpulan yang membentang atau memberi pendapat tau cadangan serta pandangan terhadap proposal yang dibentangkan oleh kumpulan yang terlibat.
  • Kami juga dibahagikan kepada dua kumpulan besar A dan B untuk bersoal jawab dengan pembentang.
  • semua proposal yang dibentangkan memang sangat menarik dan juga diberikan galakkan daripada Hajjah Halimah untuk meneruskan kajian mereka.
  • Namun terdapat juga proposal yang perlu melakukan penambahbaikan dan setiap kumpulan perlu memperbaiki proposal masing-masing.
  • Terdapat juga selingan daripada Hajjah Halimah mengenai rahsia tarikh lahir untuk menghilangkan mengantuk.
  • Seterusnya semua pelajar telah diminta oleh Hajjah Halimah untuk mengeluarkan sehelai kertas dan seterusnya menulis luahan hati mengenai subjek Kajian tindakan .
  • Luahan hati ini dibuat dari sebelum masuk ke kelas Kajian Tindakan sehinggalah pada minggu ke 7 ini mengenai apa yang telah pelajar perolehi dan rasai hasil daripada pengajaran dan pembelajaran Kajian Tindakan.

Wednesday, May 27, 2009

KULAIH MINGGU KE 6 ( HAJAH HALIMAH)

Aktiviti 1 :

Sesi suai kenal (setiap pelajar dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut)

· Nama

· Nomber metrit

· Bidang pengkhususan

· Alamat tetap

· Status

· Mengapa ingin menjadi guru?

· Guru yang paling disukai, Kenapa?

· Gru yang paling dibenci, Kenapa?

· Apakah tugas guru?

· Lukis gambar pokok berserta tandatangan dan tarikh lahir

Aktiviti 2 :

Cari seorang rakan dan membuat refleksi berkenaan mana-mana tajuk Kajian Tindakan semasa Seminar Serantau di Klana Resort, Seremban. Pilih tajuk pembentangan yang mempunyai Kajian Tindakan. Saya telah berpasangan bersama Nurul Huda Hashim. Refleksi tersebut harus melengkapkan soalan tersebut:

  • Apa?
  • Kenapa?
  • Bagaimana?
  • Prosuder?

Kami telah memilih tajuk : tinjauan kecerdasan pelbagai dalam kalangan guru pelatih institut pendidikan guru Malaysia.

Aktivitivi 3:

Kami diminta untuk membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pelajar ( gabungan pelajar lelaki, perempuan, program biologi dan pendidikan Islam, bangsa India dan Melayu ) dan kumpulan tersebut diminta untuk membuat satu proposal Kajian Tindakan. Fikirkan satu tajuk yang sesuai untuk proposal tersebut dan hantarkan selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009.

Tajuk : KAEDAH LAKONAN DALAM SUBJEK SIRAH DAN TAMADUN ISLAM

Ahli : Nor Hidayah Bt Arpi (P48648) Bio

Nurul Huda Bt Hashim (P48624) P.I

NurulHuda Bt Rahim (P48613) P.I

Siti Nursyahida Bt Saad @ Mohd Yusoff (P48640) P.I

Yusnaini Abd Hamid (P48654) Bio

TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL KAJIAN TINDAKAN

Artikel Jurnal 1: Christine Thorne and Wang Qiang. 1996. Action research in language teacher education. Elt Journal. 254-261

Artikel Jurnal 2: Kosky, c & Curtis, R . 2008. An action research exploration integrating student choise and art activities in a sixth grade social studies classroom. Journal of social studies Research. Vol 32 (1) 22-27.

Artikel jurnal 3 : Bentley Parker. 2006. Instructional Adaptations for Students With Learning Disabilities : An Action Research Project. proQuest Education Journals. Vol 42 (1) 56-58.

1) SAMPEL KAJIAN

Artikel 1 = Kajian Tindakan ini dilakukan kepada 255 orang guru pelatih pendidikan satera English yang sedang menuntut di universiti.

Atikel 2 = Kajian Tindakan ini dilakukan kepada pelajar gred 6 bagi mata pelajaran “social studies” di sekolah West Virgina United Stade

Artikel 3 = Kajian Tindakan ini dilakukan kepada 6 orang guru sekolah menengah di suburban.

2) SETTING KAJIAN

Artikel 1 = Di dalam bilik darjah ketika praktikum

Artikel 2 = Di dalam bilik darjah

Artikel 3 = Di dalam kelas / bilik darjah

3) PROSUDER KAJIAN

Artikel 1 = Kajian ini dijalankan selama dua semesta semasa guru pelatih tersebut mengadakan latihan mengajar di dalam kelas . kajian ini juga dijalankan secara kolaboratif antara guru pelatih dan juga pensyarah pembingbing. Tujau utama adalah untuk melibatkan mereka secara aktif di dalam pengajaran mereka. Ia juga untuk menghasilkan penglibatan secara aktif untuk menghasilkan idea-idea yang baru. Selain itu pelbagai cara penelitian dilakukan seperti seminar dan latihan berkumpulan dilakukan bagi meningkatkan mutu pengajaran guru.

Artikel 2 = Kajian ini akan dilakukan secara kolaboratif antara guru pelatih dengan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing. Kajian ini juga dilakukan selama 20 kali pengajaran. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran mereka. Penglibatan dan motivasi akan memberi kesan terhadap pencapaian mereka. Selian itu guru pelatih juga akan
Metodologi ; mata pelajaran ‘ARTS’ diintegerasikan di dalam pembelajaran “social studie” dan diselang-selikan dengan pembelajaran secara tipikal. Melalui pengintegrasian ini. Pelajar juga diberi 3 projek untuk dilaksanakan. Pembentangan projek adalah berdasarkan pilihan pelajar sendiri , menggunakan elemen seni seperti lakonan, mencipta lagu atau puisi, melukis komik atau ilustrasi, menulis kisah dongeng, persembahan POWER POINT dan sebagainya.

Artikel 3 = Kajian ini juga akan dijalankan secara kolaboratif kepada guru-guru yang mengajar dan mempunyai pelbagai pengalaman dari 0.5 tahun sehingga 13 tahun pengalaman di dalam pendidikan. Kajian ini juga dilakukan selama 1 minggu periode. Sewaktu mengajar mereka mengajar pelbagai mata pelajaran seperti sains, matematik, sejarah dan bahasa inggeris. Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengetahui tentang pengalaman, pengetahuan dan strategi yang digunakan di dalam kelas untuk mengajar. Kajian ini dilakukan untuk menentukan laporan guru sendiri mengenai penggunaan strategi yang khusus kepada pelajar. Guru juga dikaji mengenai strategi yang mereka gunakan dan keberkesanan terhadap pelajar ketika mereka mengajar.


4) PENGUMPULAN DATA

Artikel 1 = Di dalam kajian ini data dikumpul melalui pelbagai cara iaitu teknik pengumpulan data, kenal pasti masalah pembelajaran, teknik audio dan video, soal selidik, temu bual dan juga tinjauan di dalam kelas. Tinjauan ini untuk menunjukkan jenis atau kaedah yang digunakan oleh guru pelatih untuk mengumpulkan maklumat pengajaran mereka di dalam pembelajaran dan pengajaran. Selain itu juga tinjauan dapat dilihat melalui pengajaran melalui audio dan video kerana dapat meberikan fokus terhadap pelajaran, meningkatkan pengamatan dalam pembelajaran, dapat bertukar-tukar idea.

Artikel 2 = Data dikumpul melalui temu bual harian, jurnal, pengajaran guru yang mengandungi catatan tahap penglihatan pelajar. Penilaian atas talian ‘Multiple Inteligeree’ dijalankan secara tidak formal di awal kajian. Selain itu juga tinjauan sikap “ attitude survey” dilakukan di awal dan akhir kajian ini dijalankan oleh pengkaji. Justeru itu, Pelajar juga dikehendaki melengkapkan penilaian ‘Rate this Lesson’ dan maklum balas bertulis. Oleh itu, Gred pelajar dinilai berdasarkan pelbagai jenis penilaian seperti ribric, ujian, kuiz, lembaran tugas dan sebagainya.

Artikel 3 = Pengumpulan data di dalam kajian ini adalah melalui dua strategi yang digunakan oleh guru untuk diajar. Iaitu dengan menggunakan kaedah KWL yang direka oleh OGLE (1986) dan web yang sederhana yang baik digunakan untuk membangunkan organisasi. Kaedah KWL adalah bergantung kepada pengetahuan Web adalah cara untuk mempelajari informasi. Guru-guru menggunakan strategi ini selama 1 minggu periode. Jika terdapat sebarang masalah dan pertanyaan ketika menggunakan kaedah ini makan akan dilakukan perbincangan dan penelitian.

5) PENGANALISIAN DATA

Artikel 1 = Data yang telah diperolehi telah dikumpul terlebih dahulu dan telah dianalisis secara berterusan. Seterusnya guru pelatih akan melakukan laporan bertulis terhadap hasil analisis yang diperolehi. Dan seriusnya melakukan penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajarannya.

Artikel 2 = Data di analisis secara berterusan di mana refleksi daripada analisis itu digunakan untuk merancang pengajaran seterusnya.
Kaedah analisis yang digunakan adalah skor ‘Rate This Lesson’ dan komen bertulis pelajar. Pelajaran dengan markah yang tertinggi dikumpulkan bersama untuk dinilai faktor kejayaannya. Selain itu, Aktiviti yang tidak disukai pelajar tidak akan digunakan dalam rancangan pengajaran seterusnya.

Artikel 3 = Penganalisian data akan dilakukan secara berterusan dan juga refleksi daripada analisis itu akan digunakan untuk merancang strategi yang seterusnya. Guru yang menggunakan strategi di dalam kelas akan menyelesaikan tindakan lanjut terhadap penyelidikan untuk mengkaji pemahaman mereka menggunakan strategi khusus untuk belajar di dalam kelas dan kepercayaan tentang keberkesanan strategi ini dalam mengajar pelajar.

6) RUMUSAN JURNAL

Artikel 1 = Jurnal ini juga membuat tinjauan untuk meningkat penglibatan mutu pengajaran guru di dalam pengajaran dan pembelajaran. Dan seterusnya dapat membuat penambahbaikan terhadap terhadap mutu pengajaran dan pembelajaran mereka.

Artikel 2 = Penulis Jurnal ini pula mempunyai tinjauan yang sama iaitu untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran dan seterusnya pencapaian mereka. Kosky dan Curtis juga mengumpul data melalui beberapa kaedah dan data yang dianalisis turut ditunjukkan di dalam bentuk graf untuk menunjukkan kesan tindakan yang dijalankan. Oleh sebab itu dijalankan dua puluh kali pelajaran dan refleksi dilakukan selepas setiap pembelajaran. Maka guru berupaya melakukan penambahbaikan untuk pelajaran seterusnya.

Artikel 3 = Penulis Jurnal ini telah membuat tinjauan untuk meningkatkan strategi pengajaran guru tehadap pelajar dan seterusnya untuk meningkatkan pemahaman dan minat pelajar semasa mengajar di dalam mata pelajaran yang akan diajar oleh guru. Penulis telah menggunakan pelbagai kaedah dan penganalisian data untuk menunjukkan kesan terhadap kajian tindakan yang dijalankan. maka guru akan berupaya untuk melakukan penambahbaikan untuk strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Sunday, May 24, 2009

TUGASAN 1 : ULASAN BUKU KAJIAN TINDAKAN ( DR. SITI FATIMAH )

Perkembangan Terkini Dalam Kajian Tindakan

Perkembangan Terkini Dalam Kajian TindakanJean Mcniff. 1988. Action Research Principles and Practice. New York. Routledge


1) KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan . Ia juga merupakan suatu usaha di bilik darjah yang bersifat percubaan dan berterusan. Setiap pihak termasuk pihak pengurusan sekolah, guru atau pelajar membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan perubahan cara berfikir dan juga kesedaran yang baru. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan juga meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan.

Di dalam buku Jean McNiff ini menerangkan metodologi dan perbahasan dalam dahan informasi dalam menyokong kajian tindakan. Buku ini menimbulkan masalah tentang bagaimana penelitian kajian tindakan dilihat sebagai disiplin atau amalan kehidupan sebenar dan bagaimana kedudukan ahli sendiri dalam perbahasan.

2) MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN

Guru-guru perlu membuat kajian tindakan adalah untuk membaiki cara pengajaran mereka. Guru juga akan mendapat lebih kaedah yang berkesan dan tepat, dengan menilai secara kristis terhadap amalan P & P mereka sendiri. Oleh itu, melalui kajian tindakan guru akan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan persekitaran bilik darjah. Guru juga perlu membuat kajian tindakan untuk meningkatkan profesionalisme guru ini kerana melalui kajian tindakan dapat memperbaiki diri mereka untuk menjadi lebih profesional. Ini merupakan cara terbaik dalam proses kajian tindakan cara pengajaran guru. Dengan ini kita dapat melihat 3 cara iaitu melalui, politik, profesional dan peribadi.

Banyak guru yang memikirkan bahawa penyelidikan atau kajian tindakan yang dibuat tentang pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ataupun sekolah perlu menggunakan soal selidik dan datanya diproses menggunakan pakej pemprosesan data yang tertentu seperti (spss) atau (sas). Sebenarnya, guru yang hendak menjalankan Kajian Tindakan di kelas atau di sekolah masing-masing tidak perlu mahir dengan statistik yang canggih terutamanya statistik inferential (seperti Ujian t atau Anova), cukup dengan statistik yang mudah seperti peratusan, kekerapan atau min. Untuk menjalankan Kajian Tindakan, pengkaji hanya membuat analisis yang bersifat kualitatif dengan teknik dan kaedah berbentuk diskripsi dan naratif. Kaedah pengutipan data dibuat secara temu bual ataupun pemerhatian. Perlu diingat bahawa tujuan guru menjalankan Kajian Tindakan bukannya untuk membuat generalisasi daripada dapatan kajian tetapi melalui Kajian Tindakan guru mendapat sumber maklumat untuk memahami amalan pengajaran guru dan amalan pemelajaran murid supaya guru dapat memperbaik amalan guru dalam pengajaran dan pemelajaran.

3) REKA BENTUK KAJIAN

i) Merancang / planning

ii) Praktikal / practicalities

iii) Implikasi / implication

1) Merancang / planning

Barrett and Whitehead, 1985 , menyatakan terdapat 6 soalan kritikal yang dapat membantu guru-guru untuk ditentukan maksud kajian:

· What is your concern?

· Why are you concerned?

· What do you think you could do about it?

· What kind of “evidence” could you collect to help you make some judgement about what is happening?

· How would you collect such ‘evidence’?

· How would you check that your judgement about what has happened is reasonably fair and accurate?

Contoh yang dapat ditunjukkan dalam membuat rancangan-rancangan latihan :

i) Pernyataan permasalahan

ii) Membayangkan jawapan / penyelesaian

iii) Melaksanakan jawapan / penyelesaian

iv) Penilaian terhadap jawapan / penyelesaian dan cadangan untuk pengubahsuaian kepada talihan yang berkesan dalam penilaian.

2) Praktikal / practicalities

Di dalam bahagian ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan point umum prosuder untuk permulaaan sesuatu kajian tindakan. Di antaranya ialah:

i) Start small

ii) Plan carefully

iii) Set a realistic time-scale

iv) Involve others

v) Keep others informed

vi) Arrange for feedback

vii) Organise a writing schedule

3) Implikasi / implication

Membuat persediaan untuk sebahagian atau semua dalam bahagian yang berikutnya :

i) Thinking will change

ii) Mistakes will happen

iii) Politics will intrude

4) PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

Menurut tindakan refleksi dapat mengidentifikasikan masalah kepada ; memikirkan cara penyelesaian, melihat kesan / akibat, membuat penilaian hasil, mengubahsuai kajian tindakan dan idea dalam penilaian; membuat perancangan semula terhadap langkah kajian tindakan yang seterusnya.

1) Which problem? ( memilih fokus masalah )

· What is happpening now?

· In what sense is this problematic?

· What can I do about it?

2) Collecting the data ( pengambilan data )

· Paper and pen methods (personal fields notes, pupil’s dairies, questionnaires )

· ‘Live’ methods ( sociometric methods, interviews and discussions )

· Ostensive methods ( slide/tape presentations, audiotaped interviews, videotaping the action, attitudes towards data collection )

3) Which data (memilih data )

4) Monitoring the data ( mengawasi data )

· Self-monitoring = diri sendiri mengawasi

· Colleague(s) monitoring = rakan sekerja mengawasi

· Students monitoring = pelajar mengawasi

· Joint monitoring = bersama mengawasi

5) Analysing the data ( analisis data )

6) Synthesising the data ( sintesis data )

5) PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

TAXONOMY OF CLASSROOM RESEARCH TECHNIQUES

i. Field notes ( catatan lapangan ) = merupakan suatu catatan selepas setiap pelajaran, yang merangkumi refleksi kendiri , pemerhatian dan reaksi terhadap masalah di dalam bilik darjah.

ii. Audio Tape Recording ( Rakaman audio ) = Transkrip daripada rakaman audio berkesan jika guru inginkan rekod yang spesifik dan tepat. Namun, mentranskrip rakaman mengambil masa yang lama.

iii. Pupil dairies ( dairi / buku log murid ) = boleh memberikan pandangan berbeza daripada perspektif murid, tetapi murid perlu berasa yakin dan selamat untuk menulis secara bebas tentang guru dan sekolah.

iv. Interviews and discussions (temubual dan perbincangan) = dilakukan di antara guru dan murid, pemerhati dan murid, murid dan murid serta guru dan pemerhati.

v. Video tape recorder (rakaman video dan kemera digital) = dapat memberikan gambaran yang tepat dan maklumbalas untuk menambahbaik kaedah pengajaran dan sebagainya.

vi. Questionnaires (soal selidik) = merupakan kaedah yang mudah dancepat untuk mendapatkan maklumat daripada murid, tetapi pembentukan soalan perlu sesuai dengan tahap murid.

vii. Sociometry (sosiometri) = merupakan teknik menilai struktur emosi dan sikap murid dalam kumpulan bilik darjah.

viii. Documentary evidence (bukti dokumentari) = merupakan memo, surat, kertas peperiksaan, keratan akhbar dan sebagainya boleh memberikan maklumat latar belakang isu yang dikaji.

ix. Slide / Tape photography

x. Case study

6) KOBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN ( VELIABILITY DAN VALIDITY )

1. Self validation ( kesahan diri sendiri )

· Practice as a reasisation of values

· Intentional critical reflection

· The need for disliplined enquiry

· Personal interpretations as a basis for dialogue

2. Peer validation ( pengesahan rakan sebaya )

3. Learner validation ( pengesahan pelajar )

7) ETIKA KAJIAN TINDAKAN ( RESEARCH ETHICS )

Terdapat enam etika dalam menjalankan kajian :

· Kajian yang direka dan dijalankan bertujuan untuk mengekalkan integriti dan kualiti

· Subjek dan staf yang terlibat perlu dimaklumkan sepenuhnya berkenaan tujuan, kaedah kegunaan, penglibatan, risiko dan sebagainya.

· Perlu menghormati kesahihan maklumat dan edentiti subjek

· Penyertaan subjek adalah atas kesediaan sendiri dan tidak dipaksa

· Mengelakan sebarang kemudaratan kepada subjek

· Kebebasan kajian perlu jelas dan sebarang konflik kepentingan mesti diterangkan dengan jelas.

8) PENILAIAN KESELURUHAN TERHADAP BUKU INI

Daripada pengamatan pembacaan saya, buku ini merupakan sebuah buku yang sesuai untuk dijadikan rujukan dan harus dimiliki oleh guru-guru yang ingin menjalankan kajian tindakan. Di dalam buku ini telah meberikan garis panduan dan penerangan yang jelas dan terperinci, serta contoh-contoh kajian yang telah dijalankan. Ia juga terdapat bab yang menyentuh pembangunan prosesionalisme guru serta panduan P & P. Namun buku ini melalui cetakan yang kedua terdapat lebih pendetilan mengenai kajian tindakan.