CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, May 27, 2009

TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL KAJIAN TINDAKAN

Artikel Jurnal 1: Christine Thorne and Wang Qiang. 1996. Action research in language teacher education. Elt Journal. 254-261

Artikel Jurnal 2: Kosky, c & Curtis, R . 2008. An action research exploration integrating student choise and art activities in a sixth grade social studies classroom. Journal of social studies Research. Vol 32 (1) 22-27.

Artikel jurnal 3 : Bentley Parker. 2006. Instructional Adaptations for Students With Learning Disabilities : An Action Research Project. proQuest Education Journals. Vol 42 (1) 56-58.

1) SAMPEL KAJIAN

Artikel 1 = Kajian Tindakan ini dilakukan kepada 255 orang guru pelatih pendidikan satera English yang sedang menuntut di universiti.

Atikel 2 = Kajian Tindakan ini dilakukan kepada pelajar gred 6 bagi mata pelajaran “social studies” di sekolah West Virgina United Stade

Artikel 3 = Kajian Tindakan ini dilakukan kepada 6 orang guru sekolah menengah di suburban.

2) SETTING KAJIAN

Artikel 1 = Di dalam bilik darjah ketika praktikum

Artikel 2 = Di dalam bilik darjah

Artikel 3 = Di dalam kelas / bilik darjah

3) PROSUDER KAJIAN

Artikel 1 = Kajian ini dijalankan selama dua semesta semasa guru pelatih tersebut mengadakan latihan mengajar di dalam kelas . kajian ini juga dijalankan secara kolaboratif antara guru pelatih dan juga pensyarah pembingbing. Tujau utama adalah untuk melibatkan mereka secara aktif di dalam pengajaran mereka. Ia juga untuk menghasilkan penglibatan secara aktif untuk menghasilkan idea-idea yang baru. Selain itu pelbagai cara penelitian dilakukan seperti seminar dan latihan berkumpulan dilakukan bagi meningkatkan mutu pengajaran guru.

Artikel 2 = Kajian ini akan dilakukan secara kolaboratif antara guru pelatih dengan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing. Kajian ini juga dilakukan selama 20 kali pengajaran. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran mereka. Penglibatan dan motivasi akan memberi kesan terhadap pencapaian mereka. Selian itu guru pelatih juga akan
Metodologi ; mata pelajaran ‘ARTS’ diintegerasikan di dalam pembelajaran “social studie” dan diselang-selikan dengan pembelajaran secara tipikal. Melalui pengintegrasian ini. Pelajar juga diberi 3 projek untuk dilaksanakan. Pembentangan projek adalah berdasarkan pilihan pelajar sendiri , menggunakan elemen seni seperti lakonan, mencipta lagu atau puisi, melukis komik atau ilustrasi, menulis kisah dongeng, persembahan POWER POINT dan sebagainya.

Artikel 3 = Kajian ini juga akan dijalankan secara kolaboratif kepada guru-guru yang mengajar dan mempunyai pelbagai pengalaman dari 0.5 tahun sehingga 13 tahun pengalaman di dalam pendidikan. Kajian ini juga dilakukan selama 1 minggu periode. Sewaktu mengajar mereka mengajar pelbagai mata pelajaran seperti sains, matematik, sejarah dan bahasa inggeris. Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengetahui tentang pengalaman, pengetahuan dan strategi yang digunakan di dalam kelas untuk mengajar. Kajian ini dilakukan untuk menentukan laporan guru sendiri mengenai penggunaan strategi yang khusus kepada pelajar. Guru juga dikaji mengenai strategi yang mereka gunakan dan keberkesanan terhadap pelajar ketika mereka mengajar.


4) PENGUMPULAN DATA

Artikel 1 = Di dalam kajian ini data dikumpul melalui pelbagai cara iaitu teknik pengumpulan data, kenal pasti masalah pembelajaran, teknik audio dan video, soal selidik, temu bual dan juga tinjauan di dalam kelas. Tinjauan ini untuk menunjukkan jenis atau kaedah yang digunakan oleh guru pelatih untuk mengumpulkan maklumat pengajaran mereka di dalam pembelajaran dan pengajaran. Selain itu juga tinjauan dapat dilihat melalui pengajaran melalui audio dan video kerana dapat meberikan fokus terhadap pelajaran, meningkatkan pengamatan dalam pembelajaran, dapat bertukar-tukar idea.

Artikel 2 = Data dikumpul melalui temu bual harian, jurnal, pengajaran guru yang mengandungi catatan tahap penglihatan pelajar. Penilaian atas talian ‘Multiple Inteligeree’ dijalankan secara tidak formal di awal kajian. Selain itu juga tinjauan sikap “ attitude survey” dilakukan di awal dan akhir kajian ini dijalankan oleh pengkaji. Justeru itu, Pelajar juga dikehendaki melengkapkan penilaian ‘Rate this Lesson’ dan maklum balas bertulis. Oleh itu, Gred pelajar dinilai berdasarkan pelbagai jenis penilaian seperti ribric, ujian, kuiz, lembaran tugas dan sebagainya.

Artikel 3 = Pengumpulan data di dalam kajian ini adalah melalui dua strategi yang digunakan oleh guru untuk diajar. Iaitu dengan menggunakan kaedah KWL yang direka oleh OGLE (1986) dan web yang sederhana yang baik digunakan untuk membangunkan organisasi. Kaedah KWL adalah bergantung kepada pengetahuan Web adalah cara untuk mempelajari informasi. Guru-guru menggunakan strategi ini selama 1 minggu periode. Jika terdapat sebarang masalah dan pertanyaan ketika menggunakan kaedah ini makan akan dilakukan perbincangan dan penelitian.

5) PENGANALISIAN DATA

Artikel 1 = Data yang telah diperolehi telah dikumpul terlebih dahulu dan telah dianalisis secara berterusan. Seterusnya guru pelatih akan melakukan laporan bertulis terhadap hasil analisis yang diperolehi. Dan seriusnya melakukan penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajarannya.

Artikel 2 = Data di analisis secara berterusan di mana refleksi daripada analisis itu digunakan untuk merancang pengajaran seterusnya.
Kaedah analisis yang digunakan adalah skor ‘Rate This Lesson’ dan komen bertulis pelajar. Pelajaran dengan markah yang tertinggi dikumpulkan bersama untuk dinilai faktor kejayaannya. Selain itu, Aktiviti yang tidak disukai pelajar tidak akan digunakan dalam rancangan pengajaran seterusnya.

Artikel 3 = Penganalisian data akan dilakukan secara berterusan dan juga refleksi daripada analisis itu akan digunakan untuk merancang strategi yang seterusnya. Guru yang menggunakan strategi di dalam kelas akan menyelesaikan tindakan lanjut terhadap penyelidikan untuk mengkaji pemahaman mereka menggunakan strategi khusus untuk belajar di dalam kelas dan kepercayaan tentang keberkesanan strategi ini dalam mengajar pelajar.

6) RUMUSAN JURNAL

Artikel 1 = Jurnal ini juga membuat tinjauan untuk meningkat penglibatan mutu pengajaran guru di dalam pengajaran dan pembelajaran. Dan seterusnya dapat membuat penambahbaikan terhadap terhadap mutu pengajaran dan pembelajaran mereka.

Artikel 2 = Penulis Jurnal ini pula mempunyai tinjauan yang sama iaitu untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran dan seterusnya pencapaian mereka. Kosky dan Curtis juga mengumpul data melalui beberapa kaedah dan data yang dianalisis turut ditunjukkan di dalam bentuk graf untuk menunjukkan kesan tindakan yang dijalankan. Oleh sebab itu dijalankan dua puluh kali pelajaran dan refleksi dilakukan selepas setiap pembelajaran. Maka guru berupaya melakukan penambahbaikan untuk pelajaran seterusnya.

Artikel 3 = Penulis Jurnal ini telah membuat tinjauan untuk meningkatkan strategi pengajaran guru tehadap pelajar dan seterusnya untuk meningkatkan pemahaman dan minat pelajar semasa mengajar di dalam mata pelajaran yang akan diajar oleh guru. Penulis telah menggunakan pelbagai kaedah dan penganalisian data untuk menunjukkan kesan terhadap kajian tindakan yang dijalankan. maka guru akan berupaya untuk melakukan penambahbaikan untuk strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

0 comments: