CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, May 12, 2009

Kuliah Minggu ke 4 ( Dr. Siti Fatimah)

Kajian eksprimental

Kajian ini di lakukan oleh orang lain dan bukan di lakukan oleh pengkaji sendiri.

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meneliti, menyelidik dan mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu amalan bagi tujuan pendidikan. Justeru itu akan berlaku penambahbaikan mengenai bagaimana sesuatu kemahiran , teknik, strategi yang dapat dipertingkatkan dan memberi impak kepada pelajar.

JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN

  1. Individu
  2. Kolaboratif
  3. Peringkat Daerah
  4. Peringkat Sekolah
MEMBANDINGKAN DAN MEMBEZAKAN

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran ini akan digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan.

MENGANALISIS

Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada beberapa bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari mencari makna yang tersirat. Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagiannya, mamahami hubungan kaitan antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Justeru, mengalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

MENILAI

Ialah membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Kemahiran ini juga digunakan untuk membuat keputusan.

MEMBUAT KESIMPULAN

Membuat kesimpulan berdasarkan pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan.

MENSINTESIS

Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh.

0 comments: