CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, May 1, 2009

3. Contoh Kajian Tindakan

Seorang guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam tingkatan 2 mendapati pelajar menghadapi masalah dalam tilawah al-Qur'an, di dalam pembelajaran bilik darjah guru mendapati sebahagian daripada pelajarnya lemah di dalam membaca al-Qur'an dengan lancar dan juga menghafaz surah hafazan di dalam al-Qur'an. Oleh itu, setelah guru mengetahui kelemahan pelajarnya, guru cuba mempelbagaikan kaedah pengajarannya supaya objektif yang dikehendaki tercapai iaitu pelajar akan dapat menguasai membaca al-Qur'an dengan dan juga dapat menghafaz al-Qur'an dengan lancar. Guru akan melaksanakan strategi yang telah dirancang itu untuk meningkatkan kefahaman pelajar-pelajarnya berkaitan dengan cara membaca al-Qur'an dengan lancar dan juga menghafaz al-qur'an. Selepas itu, guru akan membuat pemantauan dan pemerhatian terhadap strategi yang telah dijalankan itu sama ada berkesan atau tidak. Jika didapati strategi yang telah dijalankan itu kurang berkesan terhadap pelajarnya, guru akan menggunakan perancangan yang lain pula. Oleh itu, proses ini akan berulang dan berterusan sehinggalah matlamat yang dikehendaki itu akan tercapai.

0 comments: