CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, April 26, 2009

1. KONSEP KAJIAN TINDAKAN

  • Penyelidikan / tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, iaitu dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri.
  • Di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi dimana amalan itu dilakukan.
  • Kemmis dan Mctaggart (1988), menurut mereka penyelidkan / tindakan bergerakan di dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empa peringkat :
  1. Tinjauan
  2. Perancangan
  3. Pelaksanaan
  4. Refleksi
  • McNiff (1988), mentakrifkan penyelidikan / tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya.
  • Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.
  • Somekh (1989), menyatakan penyelidikan / tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
  • Zuber-Skeritt (1992), mendefinisikan penyelidikan / tindakan dengan menggunakan CRASP ;
  • Critical collaboration enquiry by
  • Reflective practitioners who are
  • Accountable in making the results of their enquiry public
  • Self evaluative in the practive and engaged in
  • Participative problem solving and continuing professional development

0 comments: